loading...

June 14, 2017
Sekarang drama Andainya Takdir yang bersiaran TV3 buah mulut dikalangan rakan-rakan Facebook. Watak Airil dilakonkan oleh Syukri Yahya, Sebenarnya Drama Andainya Takdir adalah dari kisah benar seorang pesakit mental Othello Syndrome di Malaysia.
Penyakit Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta.
Penderita penyakit ini juga terdorong untuk mengasari pasangannya secara berlebihan dalam sedar atau tanpa sedar.
Antara punca-punca wujudnya penyakit ini dalam diri seseorang adalah kekecewaan dalam percintaan sebelum ini, pernah dikhianati dan termakan hasutan-hasutan orang sekeliling.
BACA: Saya Dan Depression
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit ini:
Cuba semak semula adakah ciri-ciri ini wujud dalam diri anda sendiri, pasangan anda atau rakan-rakan jika ada, mungkin anda perlukan perkhidmatan psikiatri.
Penyakit ini memang tidak dapat dirawat jika hanya bergantung kepada diri sendiri saja. Pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital bahagian psikiatri bagi mengelakkan situasi yang lebih serius seperti penderaan dan pembunuhan. Namun,dalam Islam kita diajar untuk perbanyakkan istighfar ,berzikir dan berwuduk jika amarah menguasai diri.
(Baru ulasan masalah si suami cerita andainya takdir tak ulas pasal bini dia lagi. Bini dia pula ada masalah stockholm syndrome. Itu next kot )
Sumber : Rohaida Yahya via Andainya Takdir
loading...
0 Response to "TAHU KAH ANDA TENTANG DRAMA INI ? Drama Andainya Takdir - Kisah Benar Seorang Pesakit Mental Othello Syndrome di Malaysia"
Post a Comment