loading...

Memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, ramai yang memburu malam Lailatul Qadar. Namun banyak pula yang tertanya-tanya, bagaimana tanda-tanda orang yang mendapat malam penuh kemuliaan itu.
PANGGILAN dari SURAU – Tak terasa bulan Ramadhan kini telah menginjak ke sepuluh hari terakhir, di mana orang biasanya meningkatkan ibadah di waktu ini. Kerana sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan merupakan saat-saat yang panuh dengan kebaikan dan keutamaan, serta pahala yang banyak.
Maka dari itu, tak jarang orang begitu intensif menjalankan ibadah terutama di malam harinya. Orang juga biasanya memaksimumkan ibadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan beriktikaf atau berdiam diri di masjid, berzikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Juga, sebagaimana yang telah Rasulullah SAW jelaskan dalam salah satu hadis nya, bahawa di antara sepuluh hari itu terdapat satu malam yang apabila kita beribadah maka pahalanya sama dengan kita beribadah selama seribu bulan. Ya, malam itu adalah malam Lailatul Qadar.
Kebanyakan dari kita selalu bertanya-tanya, bagaimanakah tanda-tanda seseorang yang peroleh Lailatul Qadar? Bolehkah secara kasat mata manusia mengetahui jika ada seseorang yang mendapatkan malam seribu bulan? Rasa ingin tahu yang membara mendorong keingin tahuan yang cukup tinggi dari seorang hamba untuk dapat menemui Lailatul Qadar, atau paling tidak menemui seseorang yang dapatkan keberkatan malam itu.
Secara pasti memang tidak ada nash yang sebutkan tanda-tanda orang yang sangat beruntung mendapatkannya. Namun, jangan bimbang kerana kita ternyata masih boleh mengenali cirri-cirinya. Menurut ustaz Ahmad Zaky ciri-cirinya ada empat mata iaitu:
1. Orang tersebut selalu ingin dan berusaha menjadi yang terbaik dimata Allah maupun manusia.
2. Orang tersebut selalu merasa kurang dalam beribadah, padahal seluruh ibadah wajib dan sunah sudah ia kerjakan.
3. Ia menjadi orang yang tak sombong kepada atasan maupun bawahannya.
4. Dari segi wajah beliau kelihatan lebih bersinar dan enak dipandang mata, dan ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang dekat dengan Allah.
Inilah Ciri-Ciri KhususnyaAda pula yang menyebutkan cirri-ciri lain dari orang yang tengah mendapat Lailatul Qadar itu adalah:
1. Melihat Semua dengan Terang di Kegelapan MalamHal ini tidak semua hamba boleh melakukan perkara sama jika bukan yang dipilihNya. Kebanyakan manusia tidak akan dapat melihat dengan jelas apalagi terang saat digelapnya malam. Dan atas kuasa Nya seorang hamba pilihanNya pada malam itu seolah tak melihat kegelapan malam, kerana semuanya serba terang.
2. Seolah dapat Melihat Seluruh Benda & Makhluk di Bumi Bersujud kepada AllahTanpa kita sedari sebenarnya semesta ini bersujud dan bertasbih kepada Allah, tetapi manusia tak boleh begitu saja boleh melihatnya secara kasat mata. Dan orang yang beruntung mendapat anugerah Lailatul Qadar ini akan dapat melihat semesta alam dan seluruh isi yang ada di dalamnya bersujud pada Allah!Baca Juga: Bacaan I’tidal yang Diperebutkan oleh Puluhan Malaikat
3. Boleh Mendengar Suara Malaikat dan Semua Tutur KatanyaRasulullah ketika didatangi peristiwa luarbiasa dalam sujud ketika mengimamkan solat malam dengan para sahabatnya, beliau memang sujud begitu lama, padahal hujan datang mengguyur dengan lebatnya di masjid yang tak beratap sempurna. Seluruh tubuhnya basah, namun sama sekali tak mau beranjak, hingga para sahabat banyak yang menggigil, ternyata beliau didatangi malaikat yang bersesakan turun ke bumi dengan dengungan tasbih tak henti-henti. Suara malaikat yang begitu indah, diantara kedamaian yang luarbiasa dalam terang benderang!
4. Segala Doanya Dikabulkan Allah SWTKala Lailatul Qadar datang pada seorang hamba, maka doa-doa yang terpanjat, seberapa banyaknya akan dikabulkan oleh Allah.
5. Orang itu tidak Disyaratkan Melihat Tanda Apa-apa.Baik yang berupa fizikal, namun dapat merasakan kedamaian, kekhusukan yang luar biasa. Memang perasaan kedamaian yang luarbiasa yang hampir tak pernah dirasakan sebelumnya, adalah hal yang paling sering dijumpai hamba yang mendapatkan Lailatul Qadar.
6. Imannya Bertambah KuatKerana sudah mengalami peristiwa spiritual yang luar biasa, maka akan tambah kuatlah imannya. Perilaku sehari-hari akan lebih baik tentunya seperti senang sedekah, jauhi mengumpat dan hal-hal yang tidak manfaat, lebih mampu mengawal diri dan lebih toleran pada oranglain, tak peduli golongan, suku bahkan agamanya.
Yang dilakukan Nabi di 10 Malam TerakhirDahulu, Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan amalan-amalan melebihi masa yang lain. Sebagaimana yang isteri beliau Ummul Mu’minin Aisyah RA pernah berkata:
يجتهدفىالعشرالأواخرمالايجتهدفىغيره“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lain.” (HR. Muslim)
Aisyah RA juga berkata:
كانالنبى – صلىاللهعليهوسلم – إذادخلالعشرشدمئزره, وأحياليله, وأيقظأهله
“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim).
كانالنبى – صلىاللهعليهوسلم – إذادخلالعشرشدمئزره, وأحياليله, وأيقظأهله
“Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim).
Maka sudah seharusnya kita mengikuti apa saja yang dilakukan Nabi Muhammad SAW di sepertiga malam terakhir bulan ramadhan, agar kita lebih dekat dengan Allah SWT dan memperoleh kemuliaan atau keutamaan malam Lailatul Qadar.
loading...
0 Response to "Inilah Ciri-ciri Orang Yang Berusaha Mendapatkan Malam Lailatul Qadar."
Post a Comment